Pages

Tuesday 6 December 2011

Doa Hendak Tidur Dan Bangkit Dari Tidur

0 comments







Bermaksud: "Segala puji bagi Allah yang menghidupkan kami setelah mati (bangkit dari tidur)  dan kepada Allah kami kembali".


Penerangan:

Menurut hadis Hudzaifah Ibnu al Yaman, bermaksud:

كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا أَرَادَ أَنْ يَنَامَ قَالَ بِاسْمِكَ اللَّهُمَّ أَمُوتُ وَأَحْيَا وَإِذَا اسْتَيْقَظَ مِنْ مَنَامِهِ قَالَ الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي أَحْيَانَا بَعْدَ مَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُورُ



"Adalah Rasulullah ketika ingin tidur, beliau mengucapkan: "Bismikallaahumma Amuutu wa Ahyaa" (dengan nama-Mu, Ya Allah, aku mati dan hidup), dan apabila bangkit dari tidur baginda mengucapkan: "Alhamdulillaahil Ladzii Ahyaanaa Ba’da Maa Amaatanaa Wailaihin Nusyuur" (segala puji bagi Allah yang menghidupkan kami kembali setelah mematikan kami, dan kepada-Nya (kami) akan dibangkitkan)".- Hadis Riwayat al-Bukhari.

Berdasarkan hadis nabi dari Riadust Shalihin:

عَنْ حُذَيْفَةَ وَأَبِىذَرٍّ رَضِىَاللّهُعَنْهُمَا قَالَ : كَانَ رَسُولُ اللهِ صَلَّ اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَاأَوَى إِلىَ فِرَاشِهِ قَالَ :  بِاسْمِكَ اللّهُمَّ أَحْيَاوَأَمُوتُ ، وَإِذَااسْتَيْقَظَ قَالَ : اَلْحَمْدُ ِللهِ الَّذِى أَحْيَانَا بَعْدَمَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُورُ . رَوَاهُ الْبُخَارِىُّ

Bermaksud: Hudzaifah r.a. dan Abu Darr, keduanya berkata: Adalah Rasulullah saw, jika hendak tidur, baginda membaca "bismikallahumma ahya wa amutu"    ( dengan nama-Mu ya Allah, aku hidup dan mati), dan apabila bangkit dari tidur, baginda membaca "alhamdulillahil ladzi ahyana ba’da ma amatana wailaihin nusyur" (segala puji bagi Allah yang menghidupkan aku setelah mematikan aku dan kepada  Allah akan bangkit).-Bukhari

Thursday 11 August 2011

Ayatul Kursi

0 comments
Bermaksud: “Allah tidak ada  melainkan Dia Yang Hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya); tidak mengantuk dan tidak tidur. Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan di bumi. Siapakah yang dapat memberi syafa’at di sisi Allah tanpa izin-Nya, Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar.” (Q.s.,al-Baqarah:255)


Peristiwa:


Ayatul Kursi diturunkan setelah Hijrah dan diiringi oleh beribu-ribu para malaikat disebabkan kehebatan dan kemuliaan Ayatul Kursi ini. Dengan itu, syaitan dan iblis mula menjadi gempar kerana adanya satu penghalang bagi perjuangan jahat mereka. Zaid Sabit diperintahkan oleh Rasulullah untuk menuliskan dan menyebarkan Ayatul Kursi tersebut.




Fadhilat:


Seseorang akan terpelihara dirinya dengan izin Allah dari godaan syaitan, sebarang kejahatan manusia, gangguan binatang buas yang memudaratkan diri serta keluarganya, memelihara harta-bendanya, jika mengamalkan dan membaca Ayatul Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas solat 5 waktu.


Jika diamalkan membaca sebanyak 18 kali setiap hari, mengikut keterangan dari kitab "Asraarul Mufidah", insya'Allah, akan dibukakan dadanya dengan pelbagai hikmah, dimurahkan rezeki yang halal, dinaikkan darjat seseorang itu dan dihormati serta terpelihara dari segala bencana.


Menurut penerangan Syeikh Abu Abbas, barangsiapa yang membaca Ayatul Kursi sebanyak 50 kali, lalu ditiupkan ke air hujan lalu kemudian diminum, insya'Allah dengan izin Allah dicerdaskan akal fikirannya.


Ayatul Kursi juga elok dibacakan sebanyak 100 kali di malam pertama berpindah rumah bagi mengelakkan gangguan-gangguan zahir dan batin.


Allah akan mewakilkan 2 para malaikat memelihara sehingga subuh bagi mereka yang membaca Ayatul Kursi ketika berbaring ditempat tidurnya.


Allah juga akan mengutuskan 70 000 para malaikat untuk memohon keampunan dan mendoakan mereka yang membaca Ayatul Kursi sebelum keluar dari rumah.


Mengikut hadis-hadis Rasulullah s.a.w. bersabda, bermaksud:


"Sesiapa yang pulang ke rumahnya serta membaca Ayat Kursi, maka, Allah akan hilangkan segala kefakiran di depan matanya."


Sabda baginda lagi:


"Umatku yang membaca Ayat Kursi sebanyak 12 kali pada setiap pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan menunaikan solat sunat 2 raka'at, maka, Allah akan memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar."


Di sini, telah diterangkan serba sedikit kelebihan membaca dan mengamalkan Ayatul Kursi. Ayatul Kursi adalah potongan ayat dari Surah Al-Baqarah;255, memang telah diperjelaskan tentang kelebihan mengamalkan ayat ini dalam kehidupan seharian kita.

Friday 15 July 2011

Ayat 1000 Dinar

0 comments
Bermaksud: Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Allah akan lepaskan ia dari masalah hidup. Dan diberikannya rezeki dari sumber yang tidak diduga. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan ( yang dikehendaki ) Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu. 


Peristiwa Ayat 1000 Dinar.


Konon pada suatu masa, ada seorang saudagar yang sangat kaya dan dermawan di tanah Arab mendapat mimpi agar memberikan sedekah sebanyak 1000 dinar emas kepada fakir miskin. Tapi saudagar tersebut kurang yakin akan perintah mimpi tersebut. Tapi ternyata mimpi itu datang setiap malam didalam tidurnya, sehingga saudagar itu dengan ikhlas memberikan sedekah 1000 dinar emas kepada fakir miskin. Pendek cerita, pada suatu hari saudagar itu pergi berlayar untuk berdagang ke negeri seberang dengan membawa banyak harta kekayaan termasuk emas berlian yang disimpan didalam peti kayunya. Di tengah-tengah perjalanan, bencana datang menimpa, turun badai yang sangat besar menghancurkan dan menenggelamkan kapalnya. Tapi si saudagar itu terselamat terdampar di tepi pantai bersama-sama peti emas berliannya yang sangat berharga……


Kelebihan Ayat 1000 Dinar.


Ayat 1000 Dinar adalah sebahagian dari ayat kedua dan ketiga Surah At-Talag, dan telah diamalkan oleh seorang hamba yang mendapat hikmat ini dari Nabi Allah Khidhir ketika belayar di laut dengan berkata berkat amal ayat ini, hamba itu mendapat kemuliaan dan menjadi raja.


Ayat 1000 Dinar mempunyai pelbagai faedah jika selalu diamalkan di dalam kehidupan harian untuk memperolehi kejayaan atau keuntungan di dalam perniagaan, pangkat dan darjat di dalam sesuatu organisasi atau pekerjaan.


Ayat 1000 Dinar juga dapat memberikan jalan keluar penyelesaian terhadap suatu kesukaran atau permasalahan. 


Ayat 1000 Dinar juga boleh menyembuhkan pelbagai penyakit jika dibacakan sebanyak 3 kali dan dihembuskan terhadap pesakit tersebut. Atau dibacakan dan dihembus di dalam air minuman dan diberi minum kepada si pesakit, insya'Allah si pesakit akan sembuh.


Jika ditimpa malapetaka atau kesusahan yang amat berat, kezaliman oleh orang-orang yang tamak atau peperangan disebabkan oleh musuh-musuh negara, maka, amalkan lah bacaan doa Ayat 1000 Dinar setiap kali selepas solat lima waktu. Insya'Allah, mudah-mudahan mendapat perlindungan dari Allah Ta'ala.


Amalan Ayat 1000 Dinar.


Amalan Ayat 1000 Dinar hendaklah dibaca setiap hari selepas solat lima waktu. Dibacakan sekurang-kurangnya sebanyak 3 kali. Boleh dibaca setiap kali hendak masuk tidur dan keluar rumah.


Mengamalkan bacaan doa Ayat 1000 Dinar memang banyak faedahnya di dalam kehidupan harian kita. Walaubagaimanapun, sesuatu amalan yang dilakukan hendaklah bertaqwa dan bertawakkal sepenuhnya terhadap ketentuan Allah Ta'ala. Bertaqwa dan bertawakkal ini telah  diperjelaskan di dalam maksud Ayat 1000 Dinar itu sendiri.

Doa

0 comments

  Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, segala puji bagi Allah, Tuhan seklian alam. Selawat dan salam disampaikan kepada junjungan alam Nabi Muhammad S.A.W, keluarga serta sahabat-sahabat baginda.


  Doa memainkan peranan yang penting dan besar di dalam kehidupan seharian kita sebagai seorang Muslim. Ia merupakan manifestasi hubungan yang tulus dan terus di antara Allah s.w.t dengan hamba-hambanya.


  Doa juga merupakan permohonan seseorang untuk mendapatkan sesuatu hajat atau kebaikan daripada Allah dengan memohon secara terus kepada-Nya. Malah, Allah juga memerintahkan dan menggalakkan umat-Nya supaya sentiasa berdoa sebagaimana firmasn-Nya di dalam Surah al-Ghafir:




Ertinya: 
"Dan Tuhan-mu telah berfirman: 'Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong daripada menyembah-Ku, mereka akan memasuki neraka Jahannam dalam keadaan hina-dina.'"




  Doa sepatutunya dibudayakan dalam kehidupan seharian kita yang serba kekurangan dan sentiasa memerlukan petunjuk dan bantuan daripada Penciptanya.


  Dengan doa, kita dapat mendekatkan lagi diri kita kepada Allah disamping menjadi senjata penting di dalam kehidupan yang penuh dengan pelbagai onak dan duri yang mendatang. Namun begitu, doa tidak akan terlaksana tanpa usaha yang gigih dan tawakal sebagaimana yang telah diajarkan oleh Islam.


  Dengan itu, disini akan dikumpulkan seberapa banyak amalan doa yang perlu dipraktikkan didalam kehidupan seharian kita.


  Segala kesilapan dan kekurang adalah datang dari diri saya sendiri. Oleh itu, sebarang kesilapan harap dimaafkan dan diperbetulkan.


  Assalammualaikum...