Pages

Friday 15 July 2011

Doa


  Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, segala puji bagi Allah, Tuhan seklian alam. Selawat dan salam disampaikan kepada junjungan alam Nabi Muhammad S.A.W, keluarga serta sahabat-sahabat baginda.


  Doa memainkan peranan yang penting dan besar di dalam kehidupan seharian kita sebagai seorang Muslim. Ia merupakan manifestasi hubungan yang tulus dan terus di antara Allah s.w.t dengan hamba-hambanya.


  Doa juga merupakan permohonan seseorang untuk mendapatkan sesuatu hajat atau kebaikan daripada Allah dengan memohon secara terus kepada-Nya. Malah, Allah juga memerintahkan dan menggalakkan umat-Nya supaya sentiasa berdoa sebagaimana firmasn-Nya di dalam Surah al-Ghafir:




Ertinya: 
"Dan Tuhan-mu telah berfirman: 'Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong daripada menyembah-Ku, mereka akan memasuki neraka Jahannam dalam keadaan hina-dina.'"




  Doa sepatutunya dibudayakan dalam kehidupan seharian kita yang serba kekurangan dan sentiasa memerlukan petunjuk dan bantuan daripada Penciptanya.


  Dengan doa, kita dapat mendekatkan lagi diri kita kepada Allah disamping menjadi senjata penting di dalam kehidupan yang penuh dengan pelbagai onak dan duri yang mendatang. Namun begitu, doa tidak akan terlaksana tanpa usaha yang gigih dan tawakal sebagaimana yang telah diajarkan oleh Islam.


  Dengan itu, disini akan dikumpulkan seberapa banyak amalan doa yang perlu dipraktikkan didalam kehidupan seharian kita.


  Segala kesilapan dan kekurang adalah datang dari diri saya sendiri. Oleh itu, sebarang kesilapan harap dimaafkan dan diperbetulkan.


  Assalammualaikum...

0 comments:

Post a Comment